Jana Pendapatan dengan Bisnes Printing

(Membangun Ekonomi Ummah)

Sistem Ejen ini diwujudkan bertujuan memudahkan anda yang menjalankan perniagaan percetakan supaya tidak perlu membuang MASA, TENAGA dan MODAL yang besar untuk menjalankan Bisnes Printing dengan membeli pelbagai jenis mesin cetak yang berharga sehingga Ratusan Ribu Ringgit.

Ia juga bagi mengelakkan anda sakit kepala (stress) memikirkan hal-hal berkaitan Maintenance, Technician, Spare-part yang tak berkesudahan. Nak Simpan Stok Material, Simpan Stok Ink, Nak bayar Installment Mesin bulan-bulan, Nak pastikan mesin jalan tiap-tiap hari. Banyak lagi… (Kami dah lalui selama 15 tahun) Jadi biar kami yang fikirkan semua masalah Operasi ini.

Kesilapan ramai orang adalah bila semua benda dia nak buat. (kita tak perlu nak buat semua benda). Anda hanya perlu Focus pada perkara yang penting sahaja.  Anda ada banyak masa sekarang dan hanya perlu focus buat Sales Sahaja. Ada masa untuk bina hubungan dengan customer. Buat Marketing. Dan buat perkara yang lebih menguntungkan. Anda nak kami bantu?

Bagaimana Sistem Ejen ini Berfungsi?

– Anda perlu mendaftar sebagai ejen. (Pilih Pakej yang Sesuai)

Setiap Ejen yang berdaftar akan dihubungi dan disahkan pendaftarannya. Ejen kemudiannya akan diberi Access ke web Ejen Printing Platform yang disediakan. Ejen boleh login dan menyemak harga untuk setiap produk dan merangka strategi jualan & pemasaran dalam menetapkan harga mengikut harga pasaran atau mengikut strategi masing-masing. (Strategi-strategi pemasaran akan kami kongsikan dalam Group Support Khas untuk Ejen yang berdaftar).

Setelah ejen berjaya memperolehi tempahan, dan menyediakan Design, ejen akan menghantar tempahan kepada kami menggunakan Platform Ejen yang disediakan. (Template juga disediakan didalam Group Support Khas)

Kami akan mencetak mengikut waktu yang ditetapkan. (Tracking Sistem [Live] disediakan bagi memudahkan ejen memantau job)

Ejen boleh memilih untuk collect sendiri item di Kilang kami yang terletak di Ayer Keroh Melaka. Atau kami pos terus kepada customer Tuan/Puan dengan menggunakan nama Perniagaan masing-masing.

Siapa yang layak jadi agen Kami?

  1. Mestilah mereka yang menjalankan Bisnes berkaitan Percetakan, (Mencetak untuk pihak ketiga bukannya untuk kegunaan sendiri).
  2. Design Company, Kedai Cetak Baju, Kedai Gift & Souvenir, Kedai Fotokopi & Stationery, Print Shop, Kedai Gambar, Kedai Signboard.
  3. Syarikat Pengiklanan, Advertising Agency, Event Company dan lain-lain.
  4. Tidak semestinya perlu ada kedai, Freelancer juga boleh memohon untuk jadi ejen kami, seperti Fresh Graduate, Graphic Designer, Photographer atau Bekerja Sendiri. Yang penting mampu menyediakan Soft-copy Design (Ready to Print).

Apa yang anda dapat jika sertai kami?

Kelebihan Bersama Team Kami

Kami bukan sekadar Syarikat Printing yang hanya menjalankan aktiviti percetakan semata – mata, Kami sedar hari ni bahawa menjadi tanggungjawab kami untuk memberi Manfaat yang lebih kepada anda diluar sana untuk bersama – sama kami membangunkan Ekonomi Ummah. Dengan ini kami menyediakan Nilai tambah dalam Bisnes kami dengan menyediakan kemudahan – kemudahan seperti berikut:-

1) Ejen Printing Platform

Bagi memudahkan proses tempahan, kami telah membangunkan satu Platform Khas untuk Ejen membuat tempahan secara Online. Ini akan memudah dan mempercepatkan proses kerana setiap detail seperti Finishing, Saiz dan lain-lain telah diisi dengan lengkap. Ia juga dapat mengelakkan berlaku salah faham. 

Kini telah sampai masa untuk kita sama-sama beralih ke arah Digitalization.

order_platform

2) Tracking System – Sistem Menjejaki Pesanan.

Kami sedia maklum bahawa kebanyakan ejen menghadapi masalah menjejaki pesanan yang dihantar kepada printer, Jadi kami telah bangunkan satu sistem untuk menyelesaikan masalah ini.

tracking2

Sistem ini akan memaparkan status terkini order Tuan/Puan.

Apabila Tuan/Puan check sistem pada page My Account dan klik pada menu Order. Sekiranya statusnya adalah :- 

Waiting Payment Confirmation. Ini bermaksud Job Tuan/Puan dalam mode On Hold. Job akan diproses apabila pembayaran telah disahkan.
Job Received – Checking. Ini bermaksud Job Tuan/Puan telah diterima. Designer sedang check Artwork
Printing. Ini bermaksud Job Tuan/Puan dalam proses Printing & Finishing.
Ready To Pickup / Shipment. Ini bermaksud Job Tuan/Puan sudah siap dan sudah sedia untuk di ambil.
Complete. Ini bermaksud Job Tuan/Puan sudah di ambil.

Tuan/Puan juga akan menerima email semasa job telah diterima dan juga apabila Job Tuan/Puan telah Siap.

3) Group Support – Sumber Rujukan.

Setiap Ejen yang berdaftar akan diberikan Access ke dalam Group Support Khas. Di dalam Group ini Pelbagai Sumber Rujukan dan Tutorial akan di berikan dari masa ke semasa.

4) Template / Freepik Premium

Kami juga menyediakan Template – template dari Freepik Premium. Pelbagai Mock Up, Design, Gambar, dan Bahan-bahan yang boleh digunakan untuk memudahkan ejen, Ejen boleh Request Freepik Premium link yang ingin digunakan  kepada kami. Kami akan Download dan Share dalam Group secara PERCUMA.

5) Video Marketing

Bagi membantu agen melonjakkan jualan, Kami akan memberikan Gambar & Video job Ejen yang kami print kepada ejen masing-masing dari masa kesemasa tanpa trademark. Ejen boleh menggunakan Gambar atau Video tesebut sebagai Marketing dan di lihat seolah-olah ejen mencetak sendiri job tersebut.

Di bawah ini adalah Contoh Job Ejen dari Kuantan, Pahang yang mendapat Job Printing Bunting  J&T dan kemudiannya menghantar kepada kami untuk dicetak. Kami akan mencetak job dan (sekiranya job ini tidak bercampur dengan job lain, sesuai untuk diambil gambar, tiada kekangan masa) maka kami akan mengambil Gambar atau Video tersebut. Kemudian kami akan berikan Gambar dan Video ini kepada Ejen untuk digunakan sebagai marketing di facebook mereka.

Contoh Gambar
Contoh Video

6) Delivery – Penghantaran

Penghantaran kepada Ejen Menggunakan Khidmat Currier dengan cas minima RM5 untuk 5 kilo yang pertama. Ejen boleh memilih di dalam platform Currier service yang ingin digunakan seperti Pgeon, Poslaju, J&T, Skynet, DHL dan lain-lain.

Kami juga boleh membuat penghantaran terus kepada Customer menggunakan nama Ejen. Namun Alamat penghantar yang tertera adalah menggunakan alamat Kilang kami.

pakej yang ditawarkan

Pilih Pakej yang sesuai dengan perniagaan anda.

1- Sekiranya Anda baru nak mula belajar buat Bisnes Printing, Pilih Pakej Basic dahulu. Mulakan tanpa perlu keluarkan modal dahulu. Bila dah buat Profit (keuntungan) barulah upgrage ke pakej yang lebih baik. 

2- Sekiranya Anda dah ada basic berkaitan Bisnes Printing, Pakej Lite adalah pilihan terbaik, Top Up RM300, tiada yuran dikenakan. RM300 ini boleh digunakan sepenuhnya untuk tempahan. Setiap job yang anda order, kami akan tolak amaun tersebut. Sekiranya baki anda tidak mencukupi anda perlu top up dahulu minimum RM300, boleh juga Top Up RM400, RM500, RM1000 bergantung pada job Anda. Sekiranya Anda Topup RM3000 secara automatik kami akan Upgrade Anda ke Pakej Premium.

3- Sekiranya anda sememangnya telah menjana pendapatan lebih dari Rm10k sebulan, Anda sepatutnya memilih Pakej Premium. Anda tidak akan rugi, malah lebih menguntungkan, sekiranya anda buat sale lebih Rm10k sebulan, Kos percetakan anda sememangnya melebihi RM3000 sebulan. Anda tetap perlu bayar RM3k kepada pembekal @ printer. Jadi lebih baik anda Top Up siap-siap. Anda akan dapat nilai yang jauh lebih baik.

*Jangan risau, Sekiranya anda tidak mahu lagi atau ingin menutup perniagaan Bisnes Printing ini, Anda hanya perlu buat surat rasmi penutupan akaun dan Baki semasa akan dipulangkan dalam masa 30 hari.

Pakej Basic

Minimum Top Up

RM0

Solvent Printing (512i)
Tarpaulin / Vinyl Flex (300gsm +/-)
RM0.99/ft
Digital Printing (AccurioPRESS C3070)
Mirrorcoat (Avery Fasson) 13″x19″
RM2.50/pcs
Eco Solvent Printing (Epson S8 – 10color)
White Sticker (3M) / Synthetic Paper
RM3/ft

Price Update Ogos 2023 

Pakej Lite

Minimum Top Up

RM300

Solvent Printing (512i)
Tarpaulin / Vinyl Flex (300gsm +/-)
RM0.79/ft
Digital Printing (AccurioPRESS C3070)
Mirrorcoat (Avery Fasson) 13″x19″
RM2/pcs
Eco Solvent Printing (Epson S8 – 10color)
White Sticker (3M) / Synthetic Paper
RM2.50/ft

Price Update Ogos 2023 

Pakej Premium

Minimum Top Up

RM3000

Solvent Printing (512i)
Tarpaulin / Vinyl Flex (300gsm +/-)
RM0.69/ft
Digital Printing (AccurioPRESS C3070)
Mirrorcoat (Avery Fasson) 13″x19″
RM1.50/pcs
Eco Solvent Printing (Epson S8 – 10color)
White Sticker (3M) / Synthetic Paper
RM2.00/ft

Price Update Ogos 2023